Mummy of Ezhan,Erfan & Edriana

By: emy omar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 2-Dec-2008 02:09 Email | Share | | Bookmark
Backdated entry

 
 
 
View all 6 photos...
Uuhhh lama sungguh tak update fp. Malas yang berlipat ganda. Lagi pun banyak perkara yang berlaku lately ni yang tek mengizinkan mummy duduk mengadap pc. Kita start dengan cerita my FIL yang telah pun kembali ke rahmatullah pada pagi 26 November lalu..setelah sekian lama terlantar akibat sakit tua akhirnya pagi itu beliau kembali menyahut seruan illahi..semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman..AL-FATIHAH...

Biasa la lepas tu sure sibuk dengan kenduri arwah segala..masa hari Jumaat balik dari kampung tetiba tengok ada parcel post express..rupa-rupa ada gift for my little Edriana dari Aunty Sham a.k.a Mummy Sofie nun jauh di Penang sana..Thanks alot for the sweet set of rompers,hat & bib..terharu sangat..bila la agaknye kita ni dapat jumpe ye kak Sham..hopefully we had chance to meet up one day,insyallah







Hari ni pulak mummy dapat satu lagi parcel..ni memang parcel yang mummy tunggu2 kan..it's from MANJAKU SAYANG collections..mummy ada order baby tights for Edriana..ada 4 set semuanye..Thanks to Liana..nice shopping with u dear







Sunday, 23-Nov-2008 05:11 Email | Share | | Bookmark
SOMEBODY TURNS 2 YEARS OLD TODAY

 
 
 
View all 10 photos...


Happy Birthday to my sweet little boy MUHAMAAD ERFAN SHAFRI who turns two years old today..Mummy,Daddy,Abang Ezhan and of course little Edriana wish you Happy Birthday..the whole family love you so much..only Allah knows who much we love you..May Erfan be a good boy and success in your life,insyallah..
Because of our uncomfortable situation at this moment there's no special celebration for Erfan today..daddy bought cake and some food to celebrate Erfan's birthday with the whole family..(including atuk & nanny too) insyallah when Edriana discharge later,we will plan something meaningful for you Erfan..


Quote:
Blowing the candle..



Quote:
Mula2 tu main boat dengan abang Ez kat luar



Quote:
Pastu dah basah baju sebab main air..


Tuesday, 4-Nov-2008 02:01 Email | Share | | Bookmark
Announcement...

 
 
 
View all 6 photos...




Alhamdulillah..pada 28 Oktober 2008 around 3.10 pm our new bundle of joy had join the family..Mummy telah selamat melahirkan Edriana Samihah secara emergency ceaserean kerana beberapa masalah yang memang tidak dapat dielakkan..which I never thought before...Edriana Samihah lahir pada usia kandungan 33 weeks 5 days..with her born weight 1.4kg. At this moment my little princess is still in the incubator and she's gaining her weight every second and she is in her good progress..The whole family are looking forward to meet her very soon...

Quote:
Kepada rakan2 yang telah menghantar ucapan tahniah via sms thank you very much...A million thanks also goes to Kak Sham(mummy Sofie),my dear friend Ruzi, Oli(mummy Asha) and the rest who sending me the wishes and useful advices too...I'll try to upload the latest pictures of our little princess later,till then...








Quote:
Beberapa keping gambar ni mummy curi2 ambik masa Edriana still in the incubator


Sunday, 19-Oct-2008 01:56 Email | Share | | Bookmark
Cerita ceritera Raya 2008

 
 
 
View all 32 photos...
Hu..hu..dah memang bersawang habis dah fp saya ni..puas nak di bersihkan. Ramai sungguh yang tanya bila nak update tapi itu la macam2 perkara timbul hingga keadaan tidak mengizinkan fp ini di update.

Our menu on pagi raya

Mr.Hubby enjoying the meals

Mummy's boy..Ezhan yang cool

My Erfan..yang tak mau pakai samping the whole day 1st raya



Ok sekarang kita share sikit citer raya yang dah agak berlapuk tu..Raya tahun ni turn beraya kat kg Mr.Hubby di Melaka. Rumah my MIL just 15 minutes dari umah kitaorang so as usual malam raya kami memang berada dirumah sendiri. Raya tahun tetiba je terasa nak buat ketupat,rendang daging & kuah kacang sendiri.Luckily my hubby tau macam mana nak anyam ketupat so beli daun je dia la yang menganyam sarung ketupat tu.Anak2 pun excited tengok daddy & mummy dia merebus ketupat, masak rendang segala. Pagi raya lepas my dear husband balik dari masjid (myself duduk rumah je tak dapat nak gi solat sunat kat masjid sebab 2 orang heroes takde orang nak jaga) kami breakfast kat rumah dulu sama2 then bermaaf-maafan la kan..this year daddy kata tak perlu pegi ambik gambar macam tahun2 lepas tunggu adik baru keluar baru best sikit nak bergambar. Then kami terus ke rumah my MIL. Jumpa sedara mara kat sana..pegi beraya pulak rumah ipar duai yang ada berdekatan kat rumah my MIL juge. Lepas Zuhor kami balik rumah,packing baju terus la kitaorang balik Seremban..Hip..hip..horray!! Tak sabar rasanya nak beraya kat rumah parents sendiri..sesampai je kat rumah ada my uncle's family yang datang beraya dari Cheras(adik my father) alhamdulillah memang rezeki mummy kot, diaorang siap bawak ketupat daun palas(menu yang ku idam2kan tapi kat melaka memang takde..)hari tu memang tak kemana la,duduk rumah je sebab sampai malam ada je sedara mara datang berkunjung...
The next day kitaorang sempat pegi rumah my pak long je..(my dad punye abang) which is just near my parents house.lepas tu balik rumah semula sebab ada adik my mom yang nak datang beraya..esoknye kami ramai2 turun kl sebab my aunty buat open house..sebelum tu singgah kampung ayah saya kat lenggeng..jumpe sedara mara. Masa kat KL singgah rumah my uncle kat Cheras,my aunty kat Taman TAR,Ampang then kitaorang sempat lari kejap ke rumah my SIL kat Taman Melati.
Itu cerita raya..last weekend kami turun kl lagi pegi melawat my hubby punya niece yang baru delivered. Maknanya kitaorang dapat another new born grandson..ha..ha..mr hubby dah ramai cucu sedara. Erfan seronok tengok baby asyik suruh mummy dukung je..harap2 bila dah ada adik sendiri nanti Erfan pandai jaga adik ye..Dari rumah my sister in law kat Taman Melati we plan nak ke rumah kakak hubby yang sorang lagi kat Shah Alam otw ke sana we met with an accident. A motorcylist hit our car on the left side sebaik saje kitaorang keluar line Smart tag untuk masuk highway NKVE..memang tak perasan macam mana boleh berlaku tapi yang pasti motorcylist tu yang salah sebab tak ikut lorong motor..lepas buat police report semua..kami terus balik Seremban sebab takde mood dah nak pegi beraya..terkejut dengan accident pun tak hilang lagi. Belum pun reda cite accident tu last Tuesday 14/10/08 mummy kena warded pulak kat hospital because opf high BP. This is my 1st experienced with high BP tak pernah ada darah tinggi sebelum ni.even masa previous pregnancy pun..tapi tu la kan penyakit nak datang macam mana kita elak pun kalau dah takdirNya tetap terkena juge..Alhamdulillah mummy dah pun discharge dari hospital last Friday afternoon..serik sungguh rasanya.Lepas ni memang kena rest je..kerja2 yang berlambak kat sekolah akan ku biarkan saja..I'll do it slowly. Balik rumah pun memang tak buat satu apa kerja pun semua mr hubby yang uruskan. Luckily masa mummy warded kat hospital my parents dapat jaga my kids..thanks to my mummy & daddy.. budak2 pun tak banyak ragam masa duduk rumah atuk & nanny diaorang kat Seremban


Quote:
Ni masa Ez tengah memilih his new bicycle



Quote:
Finally, this is what he gets from daddy..new bicycle sebab dapat puasa penuh this year..alhamdulillah


Tuesday, 23-Sep-2008 07:38 Email | Share | | Bookmark
SALAM LEBARAN BUAT SEMUA





SALAM LEBARAN BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN FP..MAAF ZAHIR & BATIN YE..SAYA DOAKAN AGAR KALIAN SEMUA BERGEMBIRA DENGAN KEHADIRAN 1 SYAWAL KELAK,INSYALLAH




Ni pula kad2 raya yang saya terima dari rakan2 fp..terima kasih banyak2

Quote:
Ni dari Ruzi far away at Temerloh



Quote:
Ni pula dari Oli & family



Quote:
Ni dari Aida dari Langkawi



Quote:
Ni pula dari Aimi..



Quote:
Dari Iza,mama Haikal



Quote:
Dari Ct jauh nun disana



Quote:
Dari Ciklinn



Quote:
Dari Farah



Quote:
Dari Lieya,mama Mija & Mia



Quote:
Dari Zana,mama Batrice



Quote:
From Kak Sham..mummy Sofie


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net