Mummy of Ezhan,Erfan & Edriana

By: emy omar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Thursday, 31-Jan-2008 10:58 Email | Share | | Bookmark
All in one entry

 
 
 
View all 8 photos...
Busy betul sejak akhir-akhir ni..banyak kerja-kerja kat sekolah tu yang nak disiapkan.Since ada HM baru ni kerja pun kena up to date tapi ok la tu..HM baru ni pun very understanding walaupun nampak strict..(for the time being la..esok2 tak tau la )
Back to my story,a few days ago kami ke LHDN,Melaka.While waiting for my husband selesaikan urusan kat LHDN,me and the kids minum2 kat 1901 kiosk. yum..yum..

Yummy...the hotdog is so tasty

Lepas tu kami ke carrefour.Since carrefour buka kat Melaka,this is our 1st time.Masa baru2 buka dulu malas nak bersesak-sesak.Kali ni kami pegi masa weekday so tak ramai sangat orang..selesa sangat nak window shopping


Saje jalan-jalan..

Dalam banyak-banyak carrefour kat Malaysia ni,rasanya yang kat Melaka ni lain sikit kot.. lain dari segi seni bina luarnye & barang2 kat dalam nye juga Dari atas carrefour nampak bandar hilir..nampak laut belakang Mahkota parade juga..clearly


P/s tumpang sekali back dated pictures yang tak sempat upload


This month kami shopping groceries kat Giant saje cari kelainan..selalu dah gi tesco


Masa kami kat Giant tu lengang sangat kalau Giant Seremban,jangan mimpi la

Lepas tu kami singgah kat Pizza Hut kat bawah tu pula...



Ni pula masa dinner kat luar hari tu...masa ni Erfan baik sangat


Asyik cakap.."Mimi,mamam"(that what he called me,MIMI stand for mummy)


Monday, 21-Jan-2008 11:00 Email | Share | | Bookmark
Cerita dari Mekah

Batu untuk buat cincin @ brooch
Gelang emas Mekah..
Inai Mekah
View all 6 photos...
My friend at school baru balik dari menunaikan ibadah haji..alhamdulillah,Kak Sarina dan suami telah selamat sampai ke tanahair pada 11 Januari bersamaan 2 muharram tapi baru hari ni dia mulakan tugas semula. Seronok sungguh dengan cerita dari Kak Sarina mengenai pengalamannya sepanjang berada di Mekah..teruja sungguh rasanya.Mudah-mudahan satu hari nanti adalah rezeki untuk aku dan suami menjadi tetamuNya disana,insyallah. Biasalah orang balik dari Mekah akan bawak pulang air zam-zam, buah kurma, buah tin, buah zaitun & pelbagai jenis kacang. Puasla kami cikgu-cikgu di sekolah menikmatinya tadi . Kak Sarina turut memberi buah tangan kepada setiap orang guru.. terima kasih kak..terima kasih juga kerana sudi mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami..Jom kita tengok buah tangan dari Mekah yea (ada batu untuk diikat buat cincin @ brooch, telekung, inai, gelang & tasbih)..


Thanks kak Sarina..


Lama betul rasanya tak pakai inai



Friday, 18-Jan-2008 08:21 Email | Share | | Bookmark
THANKS

 
 
 
A big thank you to my dear friend Kak Wan Nor Azian dan suami Kapten Mazlan Hamid for giving me the beautiful fridge magnet. They just came back from New York..thanks again..


Saturday, 12-Jan-2008 09:56 Email | Share | | Bookmark
PICNIC at Ulu Bendul

 
 
 
View all 13 photos...
Last Sunday kami pegi picnic dengan beberapa orang kawan mummy . Mulanya nak pegi picnic kat tempat lain tapi we change our plan at last minute. So kami pegi ke Ulu Bendul..he..he..mummy yang orang Seremban pun jarang pegi sini tapi bila pegi ramai2 enjoy la sikit kan..Ez happy dapat mandi dengan kawan2 (mummy's friend kids) insyallah ada rezeki lain kali kita plan gi picnic kat tempat lain pula..tak banyak gambar yang dapat diambil maklum la bila dah masuk dalam air..lupa dah nak bergambar2 ni..


Mummy and Erfan with mummy's good friend and Zarith Sofia


Masa nak balik hujan turun dengan lebatnye..nasib dah puas mandi..


Quote:
Kak Sham - air tu jernih sebenarnya..dari atas nampak warna macam tu sebab pantulan pasir dibawahnye. tapi kalau lepas hujan sure warna macam teh susu pekat punyelah..
Jeff - sekali sekala dapat pegi picnic dapat la release tensionkan..
Ruzi & Rita - Satu hari nanti insyallah you guys dapat spend time with your family ber"Picnic" lak yea..


Thursday, 10-Jan-2008 02:58 Email | Share | | Bookmark
Rumah Arwah Atuk

 
 
 
View all 4 photos...
Baru-baru ni masa balik ke Seremban,kami menjenguk ke rumah arwah atuk yang akan dijual. Rumah tu telah pun dikosongkan.. sayu hati bila tengok rumah yang menyimpan seribu kenangan antara kami semua itu akan berpindah milik kepada orang lain..tapi itulah lumrah kehidupan kan..nak buat macam mana. Rumah Banglo yang beralamat di 224, Jalan Permai, Taman Dato'Shahbandar yang dikenali sebagai BULUH PERINDU itu memang perlu ada pemilik baru..sebab atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Dulu semasa arwah atuk & nenek masih ada dirumah itulah kami berkumpul ramai-ramai bersama sepupu dan saudara mara..selepas arwah atuk dan nenek dah meninggal pun tradisi sebegitu masih lagi diteruskan..setiap kali Hari Raya Haji ibadah korban akan dilakukan di kawasan rumah saje..sebab halaman rumah memang luas dan kali terakhir tumbangnya seekor lembu di rumah itu pada tahun 2006. Masa tu meriah sungguh..sekali dengan aqiqah Erfan. rupanya itulah kali terakhir.. selepas ni tak tahu la dimana pula kami akan berkumpul beramai2..mungkin dirumah ibubapa ku(yang hanya 200meter dari rumah arwah atuk) tapi rumah kami tak la sebesar rumah ni.. mudah-mudahan ikatan kekeluargaan antara kami akan tetap erat terjalin..terpaksa la merayau merata lepas ni,sebab ramai aunty dan uncle saya duduk di KL.. Semoga semua Kenangan itu akan tetap tersimpul erat dalam kenangan kami semua..insyallah

Ni gambar arwah nenek saya..yang dulunya tergantung di dalam rumah

Banyak pokok buah-buahan dihalaman rumah..antaranya pokok durian ni..rasanya lain daripada yang lain..memang sedap


Rumah ni dah nak kena jual..anybody interested please call the number appear. The price is around 300K

Quote:
Saya memang akan sentiasa merindui rumah ini.. terlalu banyak kenangan yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.Sejak saya lahir hampir 29 thn yang lalu di rumah arwah atuk dan nenek saya ini lah segala-galanye bermula..dan dirumah ini juge la arwah atuk saya menghembuskan nafas terakhirnye... biar pun rumah ini akan berpindah milik...tapi kenangan saya bersama rumah ini akan abadi selamanye..insyallah


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net