Mummy of Ezhan,Erfan & Edriana

By: emy omar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Aug-2008 06:45 Email | Share | | Bookmark
Johan & Elizabeth Wedding Reception

 
 
The performance
View all 17 photos...
">





Date : 3rd August 2008
Venue : Bora Asmara, Sg Penchala
Time : 8.pm


Attending my cousin wedding reception at Bora Asmara last nite.Johan sebenarnye telah pun selamat bernikah dengan Elizabeth pada 5th of July 2008 di Rochester,New York. Bila dah bernikah di sana wedding reception buat pula la kat sini kan. I've never meet Johan for several years since dia habis belajar kat US then sambung pula bekerja kat New York..lama dah tak jumpe but he still remains the same..seronok la sekali sekala dapat berkumpul kan.
Food malam tu memang sedap..masakan ala kampung tu memang serasi la dengan tekak. Entertaiment pun happening juge. The bridegroom sisters,Nana & Hanis telah sudi menyumbangkan suara mereka untuk malam tu. Paling tak sangka si cilik Hanis yang boleh menyanyi lagu L.O.V.E dengan sedap sekali..tetamu turut di hidangkan dengan persembahan dari Afiq AF5 & Deja Moss. Deja really had a great & powerfull voice..memang best dia perform malam tu. (My aunt used to be the manager for Deja Moss before) We left Bora Asmara around 10.45 pm sebab nak shoot back to Melaka. We reached our Home Sweet Home at almost 1 am





Saturday, 2-Aug-2008 07:03 Email | Share | | Bookmark
Ezhan's Sports Day

 
 
 
View all 14 photos...
Hari ni Ez ada sport. Ni merupakan Kejohanan Sukan Tahunan Pra Sekolah Area Masjid Tanah. Ada lebih kurang 20 buah sekolah yang terliba t. Kiranya Ez & kawan2 dia wakil sekolah la untuk sukan tu. Awal2 lagi dah bersiap..mummy kena pegi hantar Ez dulu ke Sekolah Kebangsaan Tambichik Karim (which is 5 minutes drive from our house) di mana berlangsungnye sukan tu..Daddy datang kemudian sebab di sekolah daddy ada program Motivasi. So mummy kena la bawak Erfan sekali .
Sementara tunggu Ez & kawan2 dia bersiap pakai nombor mummy sempat la snap sekeping dua gambar..Ez kena bawak sepanduk..Masa lintas hormat perbarisan tu Erfan siap jerit2 lagi dari atas bukit tepi padang" Abang..Abang.."He..he.. kenal pulak dia tu abang Ez dia.

Ez masuk 2 acara berpasukan..lari berganti2 & acara sukaneka. Acara larian tak masuk final pun tapi sukaneka dapat la 2nd place. Ez memang seronok la kan sebab dapat bersama kawan2 dia Erfan pun seronok juge sebab kawan mummy pun ada so Erfan main dengan adik Zarith Sofiah..


Friday, 1-Aug-2008 05:21 Email | Share | | Bookmark
A visit to the hospital

 
 
 
View all 16 photos...
Semalam mummy ada appointment dengan specialist kat Melaka so kitaorang keluar pagi la macam biasa keluar waktu gi sekolah tu cuma lewat sikit la kan. Daddy decide to bring along his dear Erfan. Mummy on aje..Ez ponteng la kiranye semalam..lagi pun minggu ni budak2 prasekolah memang tengah sibuk practice untuk sport diaorang 2hb nanti.
Masa sampai kat area hospital Melaka tu parking dah penuh tapi memang rezeki kitaorang kot bila daddy masuk je 1st lane tu ada kereta nak keluar..he..he..tak payah la susah2 cari parking.
Bila dah register & ambik no mummy dapat number 25 walaupun masa tu baru pukul 8.15 pagi. Orang memang ramai tapi nasib baik mummy dah ada appointment so takde la susah sangat kot. Lama juge la daddy & budak berdua tu kena tunggu mummy nak settlekan semua prosedur tu kan. Nasib ada tempat kemana daddy nak bawak diaorang kalau tak sure Erfan boring. Settle semua tu around 11.00 bila mummy pegi cari daddy & budak berdua tu Erfan tengah pegang balloon. Sibuk dia tunjukkan balloon Minnie Mouse tu..


Quote:
Budak yang sibuk dengan balloon Minnie Mouse nye



Quote:
Daddy kata both of them behave well that day..Erfan pun tak notty sangat


Keluar je parking dari hospital sebelum nak ke Perodua(our next destination) daddy ajak gi lunch dulu. So kitaorang decide nak gi lunch kat Lot 85 near IPPM area bukit Cina. Lauk pauk kat situ memang sedap Ez macam biasa la dengan nasi beriyani dia tu share ngan Erfan.


Quote:
Nasi Beriyani ni Ez & Erfan punye



Quote:
Ni nasi mummy ada tempe,paru goreng & dll




Lepas makan daddy gi settle kan urusan kat Perodua Semabok then kitaorang terus balik sebabnye mummy nak kejar masa nak tengok Ezora tapi daddy sempat la singgah kedai computer cari pendrive baru. Pendrive daddy yang lama dah hampir penuh katanye.Masa tu mummy tunggu dalam kereta je. Daddy beli 2 pendrive yang biasa colour black with 10GB untuk daddy & mummy punye 1 with 5 GB.Walaupun kecik sikit dari daddy punye tapi mummy suka sangat sebab pendrive tu [b]CUTE[/b] sangat




Quote:
Yang bawah ni pendrive mummy yang lama..antara 2 yang kat atas tu guess yang mana 1 mummy punye?


Otw back tu (ikut jalan pantai) daddy stop beli Kuih Keria kat Limbongan..memang sedap kuih tu anyway sorry la tak pix untuk di share. Mummy selalu dengar tentang kesedapan kuih keria kat situ tapi baru semalam dapat rasa..memang betul sedap walaupun harganye 50 sen sekeping tapi memang berbaloi la...banyak kereta berhenti kat situ & menurut kata daddy kuih keria kat situ lepas angkat dari kuali je letak tak sampai 10-15 minit sure licin ha..nak menunjukkan betapa sedapnye la
Masa sampai je kat rumah one of mummy's friends call kata nak datang umah jap hantar benda..rupa2nye dia nak hantar nasi kerabu & sebotol budu .


Quote:
Nasi kerabu



Quote:
Bersama sebotol budu

Cikgu sekolah mummy ni husband & wife orang pantai timur.Mertua dia ada kat rumah so malam tu diaorang buat nasi kerabu la kot. Memang sedap nasi kerabu tu lebih2 lagi bila semua ramuan nye cukup lengkap. Thanks Sham & Wati.Sedap nasi kerabu tu..kira selamat la dinner malam tu daddy je keluar tapau makanan untuk dia & Ez sebabnya daddy memang tak makan nasi kerabu
Misi hari ni nak hantar kain ke tailor takut lambat2 nanti tailor dah tak nak pulak .Sebelum ni dah hantar 3 pasang ni kira 2nd round la..tak tau la lepas ni kot2 ada 3rd round ke kan


Quote:
Blue Sifon tu Daddy belikan masa kat Biwanis..daddy juge yang pilihkan


Sunday, 27-Jul-2008 02:46 Email | Share | | Bookmark
Trip to the Zoo & TamingSari tower

 
 
 
View all 12 photos...
Last Thursday preschool Ez organise 1 trip ke Zoo Melaka & Menara Taming Sari. Parents need to accompany their kids semasa lawatan tu. Since Ez ni bersekolah di Prasekolah yang sama dengan sekolah mummy,mula2 tu agak susah juge mummy nak join trip ni.Sebabnya dalam kelas tu ada beberapa orang lagi anak2 cikgu kalau semua cikgu nak ikut sama nanti macam mana pulak kan .2 of my best friends kat sekolah pun ada anak kat kelas Ez tu.Bila dah discuss dengan our GPK1(our HM dah naik pangkat transfered to JPM) so we decide to apply a day leave .
Masa kat Zoo tu biasa je la..sebab kitaorang dah biasa sangat masuk Zoo Melaka ni.Mummy manage to snap few pictures on Ez sebabnye Ez jalan laju je dengan geng2 dia mummy & the geng jalan slowly sebab bukannye kitaorang tengok animals tu sangat pun banyak berborak je along the walk.


Bila kat Bandar Hilir ni best sikit la sebab it was our 1st experience get into the ride on Menara Taming Sari.He..he..mula2 tu macam gayat sikit la.. masa dalam ni mummy just took a short movie on view from the top of the tower(in the cabin) best la juge walaupun ride tu cuma 7 minutes je.

Ticket for each ride,adult RM10(tak kira la orang Melaka ke atau orang luar since ada MYKAD sure dapat this price) kids RM5 so pada sesiapa yang datang Melaka nanti try la naik Menara Taming Sari ni ye


Wednesday, 23-Jul-2008 07:31 Email | Share | | Bookmark
What a LaZy week =p

 
 
 
Hu..hu.. malas betul nak update fp la minggu ni. Sebenarnya banyak yang nak dikongsikan tapi di sebabkan kemalasan yang melampau itu saya tangguhkan dulu meng'update' fp ni sehinggakan ada kawan2 kata dah nampak spider web + ibu spider kat fp saya ni so hari ni saya terpaksa la rajin kan diri untuk mengadap pc

Ok kita start dengan apa yang berlaku last weekend. Sunday tu kitaorang balik Seremban sebab ada kenduri tahlil my atuk sedara (100 days dah meninggal dunia) so tujuan utama balik untuk menghadiri kenduri la kan..masa orang tengah sibuk nak start tahlil & surah Yassin diedarkan,Erfan pun sibuk nak 1. Untuk mengelakkan dia menangis so mummy bagi la dia 1. Sibuk betul dia menyelak2 surah yassin tu sambil mulut mengomel2. Tapi dia memang well behave hari tu.Walaupun keseorangan..sebab abang Ez dah jumpe geng lupa kat adik dia ni..Mummy berjaya mengawal keadaan..sebab bila orang selesai tahlil tup tup tengok Erfan tertido kat atas sofa so dapat la mummy & daddy makan dengan amannye hari tu..

Semalam kami gi lunch di KFC. Balik sekolah lepas solat Zohor then tunggu daddy balik dari sekolah kami pun ke KFC. Tetiba je tekak ni terasa nak makan KFC.As usual la kalau ke KFC tu menunye mesti la fried chicken for us..chicky nuggets untuk Erfan chezzy wedges & toated twister. He..he..sedap toasted twister tu tapi mummy share la dengan daddy.

Ni pulak kejadian malam tadi.Masa Ez sibuk siapkan homework si kecik pun sibuk la sama. Mula2 tu dengar dia kata "Abang,cil bang..wan cil bang" ~ "Abang,pencil abang,want pencil abang" bila dah dapat pencil di pegi pula kat daddy mintak kertas "Didi,nak tash..nak tash .."~ "Daddy nak kertas,nak kertas" bila dah dapat kertas mula la dia menconteng..Erfan ni kidal so mummy sangat suka bila tengok dia pegang pencil comel sanga t..Lepas dah penuh satu kertas tu Erfan pun beralih ke dinding pulak..Masa ni mummy & daddy memang tak perasan.Ez pulak sibuk dengan homework dia..tup tup tengok ada satu ruang kat living room tu dah di penuhi dengan 'mural' lakaran Erfan tu . Kesian daddy kena lap dinding tu..nasib baik boleh hilang kalau tak sure daddy kena keluar budget to repainting the wall..ye la raya kan dah dekat takkan nak beraya dengan dinding yang macam tu kan..Daddy siap marah Erfan ..kata lain kali cari kertas tau jangan conteng dinding..Erfan tu bukan main lagi mengangguk kepala..siap kata "Net time no..no..tanot..didi babab" ~"Next time no..no..cannot..Daddy babab" tapi tak tau la dia betul faham ke tak..hi..hi..



[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net