Mummy of Ezhan,Erfan & Edriana

By: emy omar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 11-Jul-2008 09:51 Email | Share | | Bookmark
Quick update

My hubby's burger
It's my double cheese
Sekarang ni drive thru pun kena order guna interkom
View all 6 photos...
Nak update sikit tentang Erfan. Rupa-rupanye demam lama tu nak boleh benda baru . Selasa baru ni balik Seremban,picked budak berdua tu kat umah atuk masa tu Erfan dah baik demam tapi masih lagi ada selsema & batuk sikit2 la. Masa otw nak balik tu singgah Mc D jap,Erfan duduk kat belakang dengan abg Ez.Masa tengah tunggu order tu(drive thru) dengar Erfan macam baca benda..tapi tak berapa jelas 0) . Bila tanya Ez adik buat apa adik baca buku. Then bila dapat food tu dia pun beralih la tempat duduk ke depan. Masa mummy buka kotak burger Erfan sibuk tunjuk2 tulisan yang ada pada kotak tu then he said "A, B, C, F, N,O,X,Z..... yeah...andai.." ooo rupanya dia sibuk duduk baca ABC but not in the correct order la..kat umah pun sibuk nak counting..1,2,7,10... walaupun tak betul susunan nye mummy & daddy suka la bila dengar our little boy dah start nak counting.Malam tu bila nanny dia call,I asked her the same thing..then my mom kata.."Ha memang la kat sini pun dia sibuk baca A,B,C and 1,2,3 tapi not in the correct order.Ingatkan dia memang dapat masa kat umah lagi" Ada hikmah di sebalik demam dia yang lama tu. Mulut pun dah bertambah riuh..dah pandai berebut remote tv & astro dengan Abg Ez .Dia bukan nak tengok cartoon tapi nak pasang cd Barney.Bila suruh tengok kat tv kecik kat bilik belakang tak mau pulak tu..

AKU WANITA
Quote:
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…

~Saya suka lagu baru Datuk Siti Nurhaliza ni so saya tepek kan la kat sini


Monday, 7-Jul-2008 09:26 Email | Share | | Bookmark
Our Weekend

My sleeping beauty
Nampak susut badan Erfan
Ni masa kat clinic
View all 19 photos...
Erfan masih lagi belum recover sepenuhnye.Last week mummy cuti 2 hari & daddy pun cuti 2 hari so minggu ni tak dapat la nak cuti lagi(sebab baki cuti yang ada perlu di simpan untuk kegunaan masa2 terdesak nanti) tapi mummy&daddy tak sampai hati nak hantar Erfan gi nursery lagi so terpaksa la hantar Erfan balik Seremban untuk 1-2 hari ni..hopefully Erfan cepat la sembuh ye sayang...demam dah kebah cuma selsema & batuk yang degil tu je belum hilang. Erfan pun belum ada selera nak makan sangat. Minum susu pun kurang..bibir dia pun dah mula kering dan merekah. Last Saturday masa bawak Erfan visit the doctor~sebab daddy risau kalau Erfan kena denggue fever yela sebab demam lama sangat tapi alhamdulillah after the blood test doc kata takde apa cuma virus fever. Masa tu doc kat tonsil Erfan bengkak maybe because of that dia tak nak makan @ menyusu kot.



Semalam we went to Mahkota Parade..daddy nak cari buku.Sebelum pegi book store we stop at Pizza Hut to fill up our empty stomach. Masa dalam Pizza Hut tu Erfan meragam je..tak selesa maybe. Makan soup tak nak..bagi garlic bread pun tak nak.So mummy & daddy terpaksa la bergilir2 makan dan dukung Erfan. Bila daddy & Ezhan makan mummy brought Erfan to MPH(next to Pizza Hut) Erfan ni memang suka buku..maybe masa mengandungkan dia dulu mummy sibuk dengan assignment & final exam kot. Bila masuk MPH sibuk dia ke kids area cari buku dia. He saw the mickey mouse story book then he said.."Key mouse..key mouse..lis" ~ "Mickey mouse..mickey mouse,please" so mummy took 1 for him. Then jumpa satu buku yang attractive sangat with affordable price..beli la 1 lagi untuk my little boy. Masa mummy tengah tengok2 buku cerita tu tetiba nampak Erfan sit on the floor opposite the chinese boy..(dia nampak budak tu duduk dia pun duduk buka buku dia sama) Lepas bayar semua pegi ke Pizza Hut semula..pandai Erfan buku Mickey Mouse tu dia bagi pada abg Ez and he took the other 1. "Bang..yosh..key mouse" ~" Bang,Yours mickey mouse"
Lepas maghrib we sent Erfan to Seremban.Tapi half way je atuk datang ambik kat Tol Pedas Linggi(our usually transit) Ez pun ikut sama,ponteng la pakcik tu 1-2 hari ni.



Wednesday, 2-Jul-2008 00:20 Email | Share | | Bookmark
My little baby is not feeling well

Harap2 Erfan cepat sembuh ye sayang..
Bubur nasi untuk Erfan
Strawberry Choc cake untuk Ezhan

Quote:
Sian bila tengok dia tak aktif macam biasa


Semalam masa pukul 10.30 pagi nursery call mummy bagi tau Erfan demam .Lepas minta permission dari HM,pick abg Ez kat preschool sekali then rush ke nursery.Mula2 nak suruh daddy balik tapi daddy kata dia kena attend meeting dulu.Masa sampai kat nursery tu nampak Erfan sedih je.Guardian kat situ kata dia baru lepas vomit.Bawak Erfan balik rumah letak kan termometer kat badan dia bila mummy check 39 celcius . Lepas bagi ubat & lap2 kan badan dia Erfan tertido sambil berdukung dengan mummy.Letak aje menangis ..nasib baik la tak lama lepas tu daddy balik.Petang tu around 2pm mummy kena gi sekolah semula sebab ada meeting.Masa tengah meeting dalam pukul 4.30 la daddy call minta balik cepat badan Erfan panas sangat.Bila sampai rumah kitaorang terus bawak gi nearest clinic.Doctor tu advise suruh bagi minum air masak bebanyak. .Malam tadi Erfan tak tido..meragam je.Atuk & nanny dia datang dari Seremban.Jenguk dia kejap then balik semula.

Quote:
Nanny datang bawak Strawberry chocolate cake from Secret Recipe untuk Ez

Lepas tu Erfan asyik nak dukung je..daddy jadi mangsa..tak tau la pukul berapa daddy & Erfan tido.Pagi ni tadi masa solat subuh daddy suruh mummy cuti.Abg Ez pun tumpang sekaki la ponteng sekolah Ni Erfan tengah tido..yela semalaman tak tido..suhu badan macam dah turun sikit.Harap2 nye terus turun la hendaknye...

Quote:
Makan & menyusu pun kurang..

Kat sini mummy nak share sikit tentang Abg Ez. Mid year exam baru ni Ezhan dapat no3. Pastu sibuk demand nak hadiah daddy kata daddy nak Ez dapat no1 baru boleh bagi hadiah bengang je dia..tak dapat dengan kitaorang dia mengecek kat atuk dia pulak. biasala kan dengan atuk semua boleh 8-)Bila atuk tanya nak hadiah apa..dia cakap nak PSP .Wah!!Banyak cantik ..kat rumah ni dah ada PS1,PS2 semuanye dia yang conquer sorang bukan ada orang lain pun yang main..tapi atuk janji nanti next week Ez balik Seremban atuk beli kan.. Mummy cuma janji dengan Ez kalau Ez menang masa Story Telling next week mummy belikan present tapi bukan PSP la... kopak duit ooo...


Friday, 27-Jun-2008 08:10 Email | Share | | Bookmark
Ikan terubuk bakar

 
 
 
View all 13 photos...
Tetiba je hari ni terasa macam nak makan ikan terubuk bakar. So balik je dari sekolah tadi terus singgah pasar beli ikan, alhamdulillah memang rezeki saya..senang pulak nak cari ikan terubuk. Balik je rumah bersiap2 la nak masak..bukan untuk lunch tau tapi untuk dinner . Akhirnya selesai juge operasi membakar ikan..

Quote:
Ada sambal belacan mangga,daun tenggek burung, sambal tumis udang & ikan terubuk bakar+lada kicap sebagai pencicah

Untuk lunch mummy goreng nasi goreng kentang & goreng keropok. Lepas tu goreng keropok lekor pula..ada kawan bagi(parents nye dari Rompin bawak ke sini)
Bila hubby balik dari solat Jumaat tadi dia bawak balik durian.Wah!! Cantik2 isi nye..kat rumah ni kami berdua je makan durian.Ez memang tak mahu dekat langsung,busuk katanye..erfan tu bila disuap sikit2 makan juge.Mulanye ingatkan nak simpan sebiji untuk dibuat pengat durian tapi tak tahan la bila dah kupas 3 biji tu dah isinya sedap sekali..so kupas je la semua sekali.Lain kali la buat pengat durian nampaknye..

Quote:
Durian..nyam..nyam

Tadi masa kat sekolah tukang kebun tunjukkan kat kami dia jumpe telur penyu masa ke laut semalam
. Saya pernah tengok telur penyu sebelum ni tapi tak pernah makan . Ada kawan tu orang Ganu dia ambik bawak balik.Dia pernah makan sebelum ni..so dia kata nak bawak balik rebus. Tu la tak sangka pulak boleh jumpa telur penyu kat area pantai Kuala Sungai Baru ni

Quote:
Telur penyu

Pix ni mummy snap masa Erfan tido pagi tadi. Lepas mummy breakfast nak kejut & mandi kan dia tetiba tengok dia tengah tido menonggeng macam ni macam2 gaya tido budak sorang ni la


Sunday, 22-Jun-2008 02:01 Email | Share | | Bookmark
I'm back !!

Ni masa kat area Pantai Klebang..
Erfan je yang turun,Ez tido dalam kereta
Tengok tu kerja2 menambak Pantai giat dijalankan
View all 26 photos...
Lama sungguh tak update fp ni. Macam-macam perkara yang perlu diselesaikan.Kerja2 kat sekolah tu memang tak pernah selesai la..makin bertimbun ada. Lagi pun semester baru dah bermula so memang busy la awal2 ni dengan assignment..Semester ni kena buat proposal,lagi la tak cukup tangan dibuatnye..baru sekarang aku rasa cabar kerja sambil belajar ni..(PJJ) kadang2 tensionnye ..tapi bila keluar result exam rasa puas hati la...berbaloi usaha kita rasanya .Lagi pun macam takde cerita best je yang nak dikongsi bersama.
Ok stop pasal tu kita cerita pulak pasal 2 orang hero yang ada kat rumah ni..Ezhan & Erfan. Erfan dah macam faham la dalam tummy mummy dia ni ada baby bila dia main2 kejap2 nanti dia datang cium-cium perut then dia akan kata.."Akom alam baby..." Assalamualaikum baby..tapi yang tak tahannye bila kita baring dia sure sibuk nak tepuk2 perut...suruh baby keluar..
Baru-baru ni masa kitaorang balik dari Melaka,kami ikut jalan pantai..(area Klebang) terkejut kami bila tengok pantai klebang tu macam dah tak wujud lagi(selalu kalau gi Melaka ikut highway Bertam)..persisiran pantai dah habis ditambak apa la projek kerajaan negeri ni ye..kalau orang yang biasa ke Pantai Klebang sure terkejut juge..
Ok jom tengok gambar2 budak berdua tu yang sempat di "snap"sepanjang saya menyepikan diri dari fp ni..



Terpaksa korbankan pantai ke untuk bagi laluan kepada pembangunan


Ez tengah sibuk nak bagi makan ikan


Terjerit2 Erfan tengok ikan datang mengerumi roti2 yang Ez campakkan tu


Erfan kata "mommy loot..trow.." mummy,look crow...


Bila tengok Ez main


Erfan pun sibuk nak main..tapi sebab tak cukup tinggi dia main stepper ni je buat jadi wheel


We loved Donuts,kalau kat Dunkin suka pilih double choc


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net