Mummy of Ezhan,Erfan & Edriana

By: emy omar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Thursday, 20-Mar-2008 02:09 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Quote:
“ Rasulullah SAW Sumber Limpahan Rahmat”
”Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia. Justeru itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu: Sebelum Fajar, Isnin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.”

Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan.
Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah. Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.






Monday, 17-Mar-2008 06:38 Email | Share | | Bookmark
Cherating

 
 
 
View all 29 photos...
Kami spend our last weekend kat Cherating.Kami bertolak hari Jumaat. Actually plan nak gi Cherating ni dah lama..tapi asyik postponed je..banjir la & macam2 hal yang tak dapat dielakkan. Sebelum ke Cherating kami singgah kat rumah my dear best friend,Ruzi di Temerloh. Wah!!Macam2 Ruzi masak untuk kami.Lunch kat rumah Ruzi..


Quote:
The kids...thanks Ruzi


mmm..siap dapat bekalan lagi tu my husband pun yang dulunya kureng sikit makan ikan2 sungai ni terus cair bila melihatkan ikan patin masak tempoyak Ruzi.sedap bangat nanti boleh upload resipi kat fp ni ye,share ngan kawan2. Seronok sangat dapat jumpe kawan lama .

Quote:
My dear friend..Ruzi


Dari Temerloh,kami ikut jalan lama untuk ke Kuantan sebab nak singgah di rumah kawan sama mengajar kat sekolah tu. Kak Saba. Dia ada dirumah mertuanye di Felda New Zealand so kami pun singgah la minum petang kat sana..dah macam jalan-jalan cari makan la pulak dari Maran kami singgah sekejap tapau Mc D kat Kuantan & terus la ke Cherating. Sampai Legend Cherating hari dah gelap. Lepas check in kami makan la bekalan yang Ruzi bekalkan tadi anak2 makan burger & nugget McD.Malam tu memang dinner dalam bilik je la..semua dah penat.

Quote:
Mummy's boys in action..before the go to sleep

Esoknye,pagi2 lagi kami turun ke pantai.Saje nak tengok matahari terbit.Bilik kami betul2 mengadap pantai..tu yang best tu then bawak anak2 mandi kat pool. Lebih kurang pukul 10 balik bilik,bersihkan badan then terus bersiap2 nak keluar.Ingatkan big boss nak pusing2 town Kuantan rupanye nak ke Kuala Terengganu..hi..hii bestnye. Dari Cherating nak ke Kuala Terengganu lebih kurang 3 jam la..sebab banyak kali berhenti mana taknye nampak orang jual jagung & air nira kat tepi jalan berhenti orang jual akok panas pun berhenti sampai2 Kuala Terengganu kami terus ke Pasar Payang memang itu la tempat yang ingin ku tuju Since kakitangan kerajaan kena pakai baju batik every Thursday so aku pun memilih2 la beberapa pasang kain untuk dibuat baju.Akhirnya aku terperangkap & terpaksa membeli 3 pasang baju batik & 2 kemeja batik untuk my husband. tak sanggup nak lepaskan batik dari kain sifon design2 terbaru tu dah melayang duit cik abang..then turun bawah beli la keropok kering, gajus bakar & buah asam jawa yang manis tu untuk buah tangan dibawa pulang. Lepas solat kat masjid di bandar Kuala Terengganu tu kami menuju ke arah losong. Dah terlanjur sampai nak la juge tengok Masjid Kristal kat Pulau Wan Man tu kan .

Quote:
Masjid Kristal




Ramai sungguh orang. Kami stop kat Taman Tamadun Islam & seterusnya ke Masjid Kristal.Cantik.... bertuahla rakyat Terengganu dari Pulau Wan Man singgah kat Kg Losong.Tak sah kalau ke Kuala Terengganu tak kemari(buat penggemar kepok lekor la..) Beli keropok lekor kat sini..beli yang goreng..& rebus juge..Erfan pun suka makan keropok lekor rupanya..samala macam daddy dia.. kalau biasanya tak makan,kali ni makan la pulak .Lepas tu kami pun nak balik la ke Legend semula. Sampai kat Rhu Rendang jalan jammed..wah masa tu dah dekat pukul 7. Dekat 1 jam juga kenderaan bergerak perlahan kat area tu..opss lupa nak bagi tau masa aku masuk2 je area Kemaman..(sempadan Pahang - Terengganu) hingga la nak jejak ke Bandar Kuala Terengganu tu rata2 ku lihat hijau fanatik sungguh yea orang2 terengganu ni..tapi memang mendamaikan mata memandang la .Ok berbalik pada cerita kita tadi..kami tiba kat Cherating around 9.30 malam..then terus dinner kat Nurin Seafood..area dekat2 Legend tu juge..ingatkan nak gi makan seafood kat Tg Lumpur tapi mengenangkan anak2 dah penat..cancel je la..mungkin lain kali la kot.


Quote:
Mula2 masuk adult pool,ez nangis..takut



Quote:
Erfan steady je..



Quote:
Tapi lama kelamaan..he's enjoy the moment in the pool




Quote:
Bila dah penat..ni la jadinye


Esoknye sebelum check out,bagi peluang anak2 mandi kat pool puas2..Erfam enjoy betul this time..yela dulu2 masa pegi swimming dia tak berapa pandai sangat nak main2 air ni..sekarang dah boleh la Pukul 10.30 kami tinggalkan Legend Cherating..sebelum balik singgah cari Sata kat Peramu


Quote:
sedapnye...


pastu terus balik Melaka..otw nak balik Melaka hujan sepanjang jalan.. berbeza masa kami nak ke Cherating hari tu..cuaca cerah aje
Wah..dah panjang dah karangan aku ni..dah macam budak buat karangan UPSR la pula..ok chow la yea..tengok la gambar2 sepanjang percutian kali ni


Tuesday, 11-Mar-2008 01:31 Email | Share | | Bookmark
Daging masak lada bali

 
I got the recipe from one of my colleague..the taste it good.For those who are interested lets give yourself a try..




Quote:
RESIPI
Bahan-bahan A
100 g cili padi (boleh dikurangkan ikut citarasa masing2)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia

Bahan-bahan B
1/2 kg daging lembu
180 ml santan
175ml kicap manis (cap kipas udang)

Cara membuatnya
Kisar kesemua bahan A dan peramkan bersama daging yang telah dicuci bersih selama kira-kira 30 minit. Kemudian masukkan daging yang telah diperam ke dalam kuali. Masukkan santan & kicap manis. Kacau seperti membuat rendang daging. Apabila daging telah empuk,masukkan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga kuah daging kering. Kemudian barulah diangkat dan sedia dihidang untuk dimakan


~*~SELAMAT MENCUBA~*~


Monday, 10-Mar-2008 09:46 Email | Share | | Bookmark
Tesco

 
 
 
View all 4 photos...


It was the back dated entry actually..Last week we went to tesco as usual.Beli groceries At the same time plan to buy my friend's wedding gift too.When we reached there mummy decide to buy a blender for my friend, Rafa Azhani.Since her weddind day jatuh on the election day so I'm not able to be there..so balik Seremban jumpe & hantar wedding gift je la..



After shopping few things kat tesco we went to Jusco pulak. Cari baby shoes. But then bila sampai jusco mummy nampak ada sale on baby's item. Lain nak dicari..lain yang dibeli. I bought another 2 feeding bottles from AVENT sale..murah la sikit from usual.. Before this Erfan dan Ez had it one each..mummy memang gemar collect feeding bottles Budak berdua tu dah ada banyak collection on feeding bottles with different shapes & sizes..




Saturday, 8-Mar-2008 14:30 Email | Share | | Bookmark
PILIHANRAYA UMUM ke 12

 
 
 
Tahun ni mummy berpeluang menjadi salah seorang daripada SPR staff during the polling day.. It was my 1st experience. I was so happy and proud to be one of the SPR staff .Sebenarnya mummy & colleague bertugas di Sekolah Kebangsaan Air Jernih..(my own school) yang membuatkan mummy bertambah seronok bila dapat bertugas bersama2 my friends (geng terpongeng ..the male teachers used to label us that name )
Mula-mula dapat offer tu mummy dah discuss with the big boss(my dear husband) tanya pendapat dia la bila daddy kata ok..pegi la untuk dapat pengalaman bagai pucuk dicita ulam mendatang .Excited sungguh rasanya..mengalahkan calon yang bertanding





Pusat mengundi di SK Air Jernih ini sekadar menampung penduduk di Kampung Air Molek sahaja..ada lebih kurang 1100 orang pengundi je kot..Ditempatkan di saluran satu..dimana saluran satu ni untuk warga emas..most of the voters yang lahir tahun 1920-1958.Yang muda2 pegi ke saluran 2.Macam gelagat dapat disaksikan. warga2 tua yang datang mengundi ni ada yang masih sihat..ada yang berpapah & tak kurang juga yang ditolak dengan wheelchair..semuanya tak mahu melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.. Yang paling touching sekali bila ada sorang atuk yang berusia 84 tahun(tapi masih kuat untuk berjalan) menolak isterinya yang duduk diatas kerusi roda.(isterinya paralyse) so dia yang tolong pangkahkan untuk si isteri bersaksikan Presiding Office
Tamat saja waktu mengundi..time untuk kira undi la pulak kan...masa ni penat la sikit.. sebab rushing nak kejar masa.. kena kira betul2 salah nanti kena buat 2-3 kali kerja at last kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional dengan majoriti yang agak besar (kat pusat di SK Air Jernih la..)untuk kedua-dua kerusi..Parlimen dan Dun..Actually calon BN untuk DUN Kuala Linggi tu Tn Hj Ismail Othman merupakan YDP PIBG di sekolah my husband..Tahniah buat Tn Haji atas percubaan kali pertama ini dan kemenangan menyandang kerusi DUN Kuala Linggi..Untuk Parlimen Masjid Tanah Dato' Wira Abu Seman merupakan penyandang kerusi parlimen tersebut dan beliau berjaya mempertahankannye..
Mudah-mudahan semua pihak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya ke 12 ini walaupun berlaku banyak upset result di beberapa buah negeri dan semoga kerajaan BARISAN NASIONAL mengambil ikhtibar diatas apa yang berlaku..bukalah mata dan telinga dan rajin2 la turun padang bagi mendengar masalah rakyat Ingatlah rakyat berhak menentukan siapa pemimpin pilihan mereka.. Tahniah juge diucapkan untuk semula calon yang menang dalam PRU ke 12 ini tak kira la dari parti kerajaan mahupun pembangkang.. Semoga Negara Malaysia ini akan terus maju dibawah kepimpinan Perdana Menteri lepas ni boleh la semua terus melaksanakan apa yang dijanjikan dalam MANIFESTO masing2 yea.. Nampaknye rakyat Kelantan tak berminat dengan kepimpinan BN yang bersikap agresif sepanjang berkempang di negeri Cik Siti Wan Kembang tu kot....tahniah buat kerajaan PAS yang mengekalkan kemenangan mereka di Kelantan 4 penggal berturut2,syabas buat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

~*Tak sabar nak tunggu Malaysia Baru *~

p/s Keputusan yang cukup mengejutkan kat Seremban area my parents house di Tmn Dato' Shahbandar..PKR menang di Dun Ampangan & PAS menang di Dun Paroi.. (Paroi dalam parlimen Rembau under Mr.KJ..so fikirkan la KJ apa langkah anda seterusnya )
Apa la akan jadi pada area rumah arwah atuk saya kat Ipoh tu yea(Kg Temiang) bila dah duduk bawah kepimpinan DAP..


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net